Alhamdulilllah, perjalanan 5 Jam sampai ke Jeddah, macam balik Johor lah.
Sepanjang perjalanan, tiada satu pun tol.
Tempat rehat hanya ada beberapa je dan semua full.
Di Jeddah, Abi belanja kami sebuah apartment berdekatan dengan laut, malam2 kami jalan ke pantai.
Apartment ni rasa terletak di tengah2 Jeddah kot, sebab kedai memahal semua kat sini, ala2 pavilion KL gitu. So sis tak lah berjalan sgt sbb save duit nk shopping kt madinah huhu..
Kami berehat 2 hari sbelum bergerak ke Madinah
Tempat ku melepaskan apa yang terpendam mohon jangan dibash setiap orang ada cara mereka tersendiri terima kasih
Wednesday, April 18, 2018
HAJI 3
Tiba saat ditunggu kan, Haji, bergerak ke Padang Arafah
Sebelum sampai Arafah tu kami naik bas 74(nama syarikat mutawif kami) So sesiapa yang pakai kad 74 boleh je naik Bas tu ke Arafah, tapi masa tu kami dgn geng kami kakak sama abang tu naik lah sekali & aku naik last sekali waktu tu. Kebetulan sis pakai beg lambang Malaysia, Punya kwang ajaq depa tu, depa tarik2 beg aku dgn aku2 sekali kne tarik suruh turun sbb geng depa nak naik. WHATTTT sama jakan, kami 3 org ja, hampa ramai lagi, xterjejas pun aih. Macam pergelutan lah time tu, sis tarik kuat2 badan sis dan masuk juga. Masuk ja dalam bas, semua dalam tu pandang sis dalam keadaan marah n semua suruh turuh. APPALAGIII SIS JERIT AND NANGISSS!!! Terus semua diam! tak de sorang pun yang cuba tenangkan Sis dan minta maaf. geram haku... Sabo jelah sis time tuh ada ke buat cm tu padahal kita dlm keadaan nk g arafah tu.. Astaghfirullah, sabo jelah.
Kami bergerak awal (compare dengan Jemaah Malaysia, mereka suka gerak
lambat sebab tak nak jem dan tak nak sesak). Tapi jemaah kami gerak awal
sangat pula dengan alasan yang sama, so kami sampai di Arafah tu dalam
pukul 11 pagi mcm tu, Waktu mustajab berdoa bermula lepas Zuhur, so
sampai awai tu, makan lu, amek gmbr lu, gi toilet lu, berdoa lu (sis tak
solat time ni so sedih sangat sbb kurang lah beribadahnya)
Berada di Arafah sehingga terbenam matahari, which is Maghrib kemudian bergerak ke Mudzalifah, kali ni ibu semangat naik bas Awal sbb xnak berebut, so kami bas pertama bergerak ke sana. Bermabit di sana sepatotnya hingga fajar lebih afdal, disebabkan ibu and ayah dah penat so kami naik bas awal balik ke Mina. ALhamdulillah ada satu kmpulan Indonesia ni, depa baik2, depa tak ramai, depa lah banyak tolong ayah, tolong tolak kerusi, tolong angkat naik bas.
Setiba di Arafah, bersiap ke jamrah, hari pertama ayah ikut sebab nak tgk tempat jamrah. Sis buka lah fon nk tgk berapa jauh, adalah dkt 10km 😓. Bayangkan orang2 tua yg kne jalan jauh mcm tu. memang lah ada escalator tapi bukan sepanjang jalan dan kecik je escalator tu. So memang jalan n duduk jalan n duduk. xde toilet, dalam terowong, memang panas sgt dan kurang udara. Kalau ada rempuhan tak taulah cemana huhu. Alhamdulillah selesai ketiga tiga jamrah, Kami bertahallul.
Boleh lah pakai baju biasa bagi lelaki, dah tak terikat dgn syarat ihram. Ayah time ni shopping sama naik gn aku. Ibu kurang sikit mungkin dah doa dari sini supaya takda niat bershopping.
Alhamdulillah dgn shopping ayah tu lah dpt byk beri kt orang :)
Boleh lah pakai baju biasa bagi lelaki, dah tak terikat dgn syarat ihram. Ayah time ni shopping sama naik gn aku. Ibu kurang sikit mungkin dah doa dari sini supaya takda niat bershopping.
Alhamdulillah dgn shopping ayah tu lah dpt byk beri kt orang :)
Selesai semua kami naik bas awai balik Makkah utk selesaikan Tawaf dan Saie, dan Abi call nak bawa kami ke Jeddah sebab masatu dah hari Isnin, Sabtu tu kami dah nak balik Malaysia.
At first igtkan tak sempat pi Madinah sbb xde kemudahan kalau ada pun duit tak cukup uhuhu.
Alhamdulillah rezeki kami. Abi suruh kami selesaikan semua di Makkah dan bergerak ke Jeddah
Alhamdulillah rezeki kami. Abi suruh kami selesaikan semua di Makkah dan bergerak ke Jeddah
HAJI 2
Alhamdulillah, hotel yg sangat selesa, makanan yang sedap, dekat sgt dgn kedai makan, pharmacy dan barang utk shopping haha.
Pihak hotel ada sediakan kereta utk g Tanah Haram (MasjidilHaram). so at first we all guna la tapi jauh cik oi, my dad kena pakai kerusi roda, pastu jalan tu bukit jadi faham2 lah. Bila pakai kerusi roda dgn keadaan mcm tu dan aku yg kecik ni, mana lah mampu huhu, so next day we all naik teksi je tapi depa cekik darah. Hotel kami ke masjidilharam dalam 1-2km je, tapi bayaran 50 riyal = Rm65
mahal gila en? tapi berebut tau org nak naik, haa time ni aku pandai cakap Arab sbb nak minta tawar..hahahahahahahhaa
Banyak la isu time ni, ayah hilang la, fatin nangis lah, fatin demam lah, kerusi roda hilang.
Macam-macam dugaan kami, tapi Alhamdulillah we did it.
I'm so proud of myself. Banyak gila berjalan kat sana terasa kurus sikit, tmbah pula demam so tak selera makan hihi. Demam mungkin sebab banyak dosa kot huhu.
Kami bertolak hari Jumaat, sampai sana Sabtu, hari Selasa kami dah bertolak ke Mina naik bas, dalam 1 jam lebih kot, tak ingat. Tapi kami ada sesat sebab budak yang bawa kami tu sombong tak mau tanya orang. Dia ingat dia betul. Eyyy geram.. hahaha
Dkt sini masalah khemah, kejap2 berpindah, sana sini. Kami kan ber3 je, jadi org campak sana sini. Sampai keluaq ayaq mata lah kami semua termasuk ibu ayah huhu.
Masa kami kat hotel, rumet kami mix, so da satu pasangan muda dari Indonesia ni, depa pun lebih kurang macam kami, xdak agen, Bergerak sendiri jaa, tapi Alhamdulillah kami dapat sama mutawif so senang lah bergerak sekali.
Masa kami kat hotel, rumet kami mix, so da satu pasangan muda dari Indonesia ni, depa pun lebih kurang macam kami, xdak agen, Bergerak sendiri jaa, tapi Alhamdulillah kami dapat sama mutawif so senang lah bergerak sekali.
Disebabkan ayah and ibu berusia dan aku pula dianggap macam kanak2, so dapat lah simpati jemaah disana, dan dapatlah tempat tinggal. Semua kat situ dari negara Indondesia, mostly umur depa 30 ke atas, which is ramai lah juga yang muda tapi tak terlalu muda. Maka aku berkawan lah gn depa, bersembang pasal korea kenkadang. Makan sesama. kenangan kat Mina best sebab macam gi Camping. Makanan smua buffet, so kne andre(beratur)
Waktu petang2 ada dessert, aiskrim and macam2 owner syarikat tu bagi.. sedap2 hehe tapi masa tu sis Demam lagi so tak dapat rasa kenikmatan makanan disitu. huhu. depan kawasan kami, Kawasan negara Malaysia hehe tapi xjumpa sesiapa pun kat situ.. huhu
tempat kami dekat juga dengan terowong Jamrah.
TBC
HAJI 1
Alhamdulillah perjalanan 8 jam dari KLIA ke Jeddah,
First time naik flight yg mahal cenggini, makanan dia superb ah sedap and best dpt tgk movie dlm tu,
tpi sebab kita nk g menunaikan haji so behave sikit 😅, buka ayat quran, baca quran
Kita digalakkan untuk sentiasa berzikir pada Allah, baca Quran, banyak berdoa..
Masa dkt KLIA, ayah dpt kerusi roda, so ada org tlg tolak smpai ke kapal, tpi masa sampai dkt jeddah, tiada layanan sebegitu sebab RAMAI SANGAT ORANG, common seluruh dunia tertumpu di Saudi Arabia untuk mengerjakan haji kot, so memang tersangat ramai dengan panas bahangnya. Allahu nampak macam semut dah manusia kat sini,
Sana sini orang solat sebab waktu tu 11 mlm so ramai yg solat Isyak, dan ada yang jamak. Lelaki berkain ihram dan perempuan bertelekung so senang la sikit nk solat cuma kena jaga supaya xkotor.
Time ni tak lah lapar sgt cuma rasa penat, pastu kami dapat call Abi, tapi kami tak dapat turun bawah sebab belum lepas imigresen,setelah 2 jam mcm tu kot bru dpt lepas, namun Abi ada kerja so bila kami ada masalah je terpaksa call Abi untuk bantu, kesian Abi time tu dia dah la kerja.. hhuhu
Keluar dri tmpat ambil beg, kami tiiada hala tuju, semua cakap arab kot, aku mana fluent sgt, basic tau lah, so redha and tawakal je tu, percaya je sspe yg aku jumpa 😂. Tapi ibu and ayah kurang keyakinan dan kepercayaan. Maklumlah kat negara orang, bukan blh sesenang je percaya huhu.
Bila dah jumpa dgn org sepatotnya, kami tak dilayan, sebenarnya sampai skrg tak faham huhu tapi Alhamdulillah, waktu Subuh Abi datang setelah selesai kerjanya. So barulah kami dilayan dan dapat bergerak ke tempat seterusnya which is MAKKAH. Bayangkan dri pkl 11 sampai pukul 6 kami duduk kt situ dgn berpeluh dan berair mata huhu...
Kat sini Abi dh bagi simkad arab dan modem wifi, sbbtu sis online je kat sana sebab Abi suruh update setiap perjalanan dan perhentian kami. setiap kali berhenti hantar location, so masa perjalanan hari pertama, banyak kali berhenti tiap kali tu lah aku report. Tapi ada je rasa tak nak report, tup tup Abi tanya, haa amek kau kelam kabut baru nak bagi location..hehe
Perjalanan ke Makkah ambil masa dalam 5 jam gitu kot ke lebih, banyak lah perhentian, berhenti utk check point jemaah haji, berhenti beri makanan percuma hehe (kurma, biskut, air).
orang kat sini rajin bersedekah. Alhamdulillah :)
Kemudian kami dibawa berjumpa mutawif, huhu dan ada masalah lagi, setiap kali kami nak buat sesuatu yang baru pasti akan ada masalah. As usual, fatin tenang je hihi.. Mutawif tu boleh tanya,
Datang dari mana? ada tempat tinggal? nk duduk kat mana? YA Alllah nk gugur jantung dengar, pastu call lah abi, Alhamdulillah abi tlong selesaikan, bawalah kami ke hotel.
Hotel, another problem. Hotel yang sepatotnya penuh pula, I tak faham lah pengurusan ni, cemna boleh penuh. huhu. so setelah berjam pusing cari hotel, baru jumpa, hihi...penat dgn tak makan nya.. huhu
Alhamdulillah sampai juga di hotel, seharian kami tak tido.. sangat penat tapi masih bertenaga untuk selesaikan umrah kami ni. :)
TBC.....
ALHAMDULILLAH FINALLY...
Bismillah,
Ayahku seorang pemandu teksi, nk dipendekkan cerita during my primary & secondary school, ayah ada bawa satu family from Saudi Arabia. They're so kind and ayah sllu lah bawaku gi jenjalan dgn dorg sebab i can speak english and a little bit Arabic, His name is Mr.A, but now I call him ABI.
Fast forward, early 2017, he called us and offered my family perform hajj this year. So we made passport and gave few details. He said, DOA, DOA, DOA.. Doa pada Allah agar diizinkan untuk pergi haji this year.
Early August 2017, he called me again and said ALHAMDULILLAH, me ayah n ibu mendapat jemputan untuk menunaikan Haji 😍😍.. few thins we need to settled within 2 weeks bcuz our flight 25th August, and we prepared nothing!!!! Dalam masa 2 minggu ni kami duk belajar mengenai Haji, baca buku, tgk you tube, banyakkan solat taubat,banyak berdoa, Balik johor jumpa atok, siapkan visa, siapkan peralatan, uruskan flight, buat kenduri doa selamat. Alhamdulillah masa tu I cuti sem, so banyak benda I boleh buat. Banyak dugaan yang kami tempuhi tapi kami sabar dan terus berdoa.
Setiap kali urusan yang melibatkan Haji mesti berdebar, sebab mindset semua takot kami kena tipu, takot tak betul, takot salah, kami xdak keyakinan, macam xpercaya sbb tu jadi lagu tu..
barang2 gi haji, mostly pinjam dri sesiapa yg pernah g sana, Atok, Arwah makcik, n mak itam, pastu ada kawan ibu baik hati bagi beg kat kami.. YA ALLAH SEMOGA KAU PERMUDAHKAN URUSAN MEREKA SEMUA YANG MEMBANTU URUSAN KAMI
Alhamdulillah urusan disini semua dipermudahkan dan murah rezeki kami dapat banyak hadiah dari semua orang... 😀😁
Subscribe to:
Posts (Atom)












