Wednesday, April 18, 2018

JEDDAH

Alhamdulilllah, perjalanan 5 Jam sampai ke Jeddah, macam balik Johor lah.
Sepanjang perjalanan, tiada satu pun tol.
Tempat rehat hanya ada beberapa je dan semua full.

Di Jeddah, Abi belanja kami sebuah apartment berdekatan dengan laut, malam2 kami jalan ke pantai.
Apartment ni rasa terletak di tengah2 Jeddah kot, sebab kedai memahal semua kat sini, ala2 pavilion KL gitu. So sis tak lah berjalan sgt sbb save duit nk shopping kt madinah huhu..

Kami berehat 2 hari sbelum bergerak ke Madinah





HAJI 3


Tiba saat ditunggu kan, Haji, bergerak ke Padang Arafah
 
             Sebelum sampai Arafah tu kami naik bas 74(nama syarikat mutawif kami) So sesiapa yang pakai kad 74 boleh je naik Bas tu ke Arafah, tapi masa tu kami dgn geng kami kakak sama abang tu naik lah sekali & aku naik last sekali waktu tu. Kebetulan sis pakai beg lambang Malaysia, Punya kwang ajaq depa tu, depa tarik2  beg aku dgn aku2 sekali kne tarik suruh turun sbb geng depa nak naik. WHATTTT sama jakan, kami 3 org ja, hampa ramai lagi, xterjejas pun aih. Macam pergelutan lah time tu, sis tarik kuat2 badan sis dan masuk juga. Masuk ja dalam bas, semua dalam tu pandang sis dalam keadaan marah n semua suruh turuh. APPALAGIII SIS JERIT AND NANGISSS!!! Terus semua diam! tak de sorang pun yang cuba tenangkan Sis dan minta maaf. geram haku... Sabo jelah sis time tuh ada ke buat cm tu padahal kita dlm keadaan nk g arafah tu.. Astaghfirullah, sabo jelah.

       Kami bergerak awal (compare dengan Jemaah Malaysia, mereka suka gerak lambat sebab tak nak jem dan tak nak sesak). Tapi jemaah kami gerak awal sangat pula dengan alasan yang sama, so kami sampai di Arafah tu dalam pukul 11 pagi mcm tu, Waktu mustajab berdoa bermula lepas Zuhur, so sampai awai tu, makan lu, amek gmbr lu, gi toilet lu, berdoa lu (sis tak solat time ni so sedih sangat sbb kurang lah beribadahnya)


 
Berada di Arafah sehingga terbenam matahari, which is Maghrib kemudian bergerak ke Mudzalifah, kali ni ibu semangat naik bas Awal sbb xnak berebut, so kami bas pertama bergerak ke sana. Bermabit di sana sepatotnya hingga fajar lebih afdal, disebabkan ibu and ayah dah penat so kami naik bas awal balik ke Mina. ALhamdulillah ada satu kmpulan Indonesia ni, depa baik2, depa tak ramai, depa lah banyak tolong ayah, tolong tolak kerusi, tolong angkat naik bas.

    Setiba di Arafah, bersiap ke jamrah, hari pertama ayah ikut sebab nak tgk tempat jamrah. Sis buka lah fon nk tgk berapa jauh, adalah dkt 10km 😓. Bayangkan orang2 tua yg kne jalan jauh mcm tu. memang lah ada escalator tapi bukan sepanjang jalan dan kecik je escalator tu. So memang jalan n duduk jalan n duduk. xde toilet, dalam terowong, memang panas sgt dan kurang udara. Kalau ada rempuhan tak taulah cemana huhu. Alhamdulillah selesai ketiga tiga jamrah, Kami bertahallul.
Boleh lah pakai baju biasa bagi lelaki, dah tak terikat dgn syarat ihram. Ayah time ni shopping sama naik gn aku. Ibu kurang sikit mungkin dah doa dari sini supaya takda niat bershopping.
Alhamdulillah dgn shopping ayah tu lah dpt byk beri kt orang :)

Selesai semua kami naik bas awai balik Makkah utk selesaikan Tawaf dan Saie, dan Abi call nak bawa kami ke Jeddah sebab masatu dah hari Isnin, Sabtu tu kami dah nak balik Malaysia. 
At first igtkan tak sempat pi Madinah sbb xde kemudahan kalau ada pun duit tak cukup uhuhu.
Alhamdulillah rezeki kami. Abi suruh kami selesaikan semua di Makkah dan bergerak ke Jeddah














HAJI 2

Alhamdulillah, hotel yg sangat selesa, makanan yang sedap, dekat sgt dgn kedai makan, pharmacy dan barang utk shopping haha. 
  
     Pihak hotel ada sediakan kereta utk g Tanah Haram (MasjidilHaram). so at first we all guna la tapi jauh cik oi, my dad kena pakai kerusi roda, pastu jalan tu bukit jadi faham2 lah. Bila pakai kerusi roda dgn keadaan mcm tu dan aku yg kecik ni, mana lah mampu huhu, so next day we all naik teksi je tapi depa cekik darah. Hotel kami ke masjidilharam dalam 1-2km je, tapi bayaran 50 riyal = Rm65
mahal gila en? tapi berebut tau org nak naik, haa time ni aku pandai cakap Arab sbb nak minta tawar..hahahahahahahhaa 

    Banyak la isu time ni, ayah hilang la, fatin nangis lah, fatin demam lah, kerusi roda hilang.
Macam-macam dugaan kami, tapi Alhamdulillah we did it.
I'm so proud of myself. Banyak gila berjalan kat sana terasa kurus sikit, tmbah pula demam so tak selera makan hihi. Demam mungkin sebab banyak dosa kot huhu. 

   Kami bertolak hari Jumaat, sampai sana Sabtu, hari Selasa kami dah bertolak ke Mina naik bas, dalam 1 jam lebih kot, tak ingat. Tapi kami ada sesat sebab budak yang bawa kami tu sombong tak mau tanya orang. Dia ingat dia betul. Eyyy geram.. hahaha 
Dkt sini masalah khemah, kejap2 berpindah, sana sini. Kami kan ber3 je, jadi org campak sana sini. Sampai keluaq ayaq mata lah kami semua termasuk ibu ayah huhu.

Masa kami kat hotel, rumet kami mix, so da satu pasangan muda dari Indonesia ni, depa pun lebih kurang macam kami, xdak agen, Bergerak sendiri jaa, tapi Alhamdulillah kami dapat sama mutawif so senang lah bergerak sekali. 

Disebabkan ayah and ibu berusia dan aku pula dianggap macam kanak2, so dapat lah simpati jemaah disana, dan dapatlah tempat tinggal. Semua kat situ dari negara Indondesia, mostly umur depa 30 ke atas, which is ramai lah juga yang muda tapi tak terlalu muda. Maka aku berkawan lah gn depa, bersembang pasal korea kenkadang. Makan sesama. kenangan kat Mina best sebab macam gi Camping. Makanan smua buffet, so kne andre(beratur)  

Waktu petang2 ada dessert, aiskrim and macam2 owner syarikat tu bagi.. sedap2 hehe tapi masa tu sis Demam lagi so tak dapat rasa kenikmatan makanan disitu. huhu. depan kawasan kami, Kawasan negara Malaysia hehe tapi xjumpa sesiapa pun kat situ.. huhu

tempat kami dekat juga dengan terowong Jamrah.

TBC




















HAJI 1

Alhamdulillah perjalanan 8 jam dari KLIA ke Jeddah,
First time naik flight yg mahal cenggini, makanan dia superb ah sedap and best dpt tgk movie dlm tu,
tpi sebab kita nk g menunaikan haji so behave sikit 😅, buka ayat quran, baca quran
Kita digalakkan untuk sentiasa berzikir pada Allah, baca Quran, banyak berdoa..

Masa dkt KLIA, ayah dpt kerusi roda, so ada org tlg tolak smpai ke kapal, tpi masa sampai dkt jeddah, tiada layanan sebegitu sebab RAMAI SANGAT ORANG, common seluruh dunia tertumpu di Saudi Arabia untuk mengerjakan haji kot, so memang tersangat ramai dengan panas bahangnya. Allahu nampak macam semut dah manusia kat sini,  
Sana sini orang solat sebab waktu tu 11 mlm so ramai yg solat Isyak, dan ada yang jamak. Lelaki berkain ihram dan perempuan bertelekung so senang la sikit nk solat cuma kena jaga supaya xkotor. 
Time ni tak lah lapar sgt cuma rasa penat, pastu kami dapat call Abi, tapi kami tak dapat turun bawah sebab belum lepas imigresen,setelah 2 jam mcm tu kot bru dpt lepas, namun Abi ada kerja so bila kami ada masalah je terpaksa call Abi untuk bantu, kesian Abi time tu dia dah la kerja.. hhuhu

Keluar dri tmpat ambil beg, kami tiiada hala tuju, semua cakap arab kot, aku mana fluent sgt, basic tau lah, so redha and tawakal je tu, percaya je sspe yg aku jumpa 😂. Tapi ibu and ayah kurang keyakinan dan kepercayaan. Maklumlah kat negara orang, bukan blh sesenang je percaya huhu. 
Bila dah jumpa dgn org sepatotnya, kami tak dilayan, sebenarnya sampai skrg tak faham huhu tapi Alhamdulillah, waktu Subuh Abi datang setelah selesai kerjanya. So barulah kami dilayan dan dapat bergerak ke tempat seterusnya which is MAKKAH. Bayangkan dri pkl 11 sampai pukul 6 kami duduk kt situ dgn berpeluh dan berair mata huhu... 

Kat sini Abi dh bagi simkad arab dan modem wifi, sbbtu sis online je kat sana sebab Abi suruh update setiap perjalanan dan perhentian kami. setiap kali berhenti hantar location, so masa perjalanan hari pertama, banyak kali berhenti tiap kali tu lah aku report. Tapi ada je rasa tak nak report, tup tup Abi tanya, haa amek kau kelam kabut baru nak bagi location..hehe

Perjalanan ke Makkah ambil masa dalam 5 jam gitu kot ke lebih, banyak lah perhentian, berhenti utk check point jemaah haji, berhenti beri makanan percuma hehe (kurma, biskut, air). 
orang kat sini rajin bersedekah. Alhamdulillah :) 

Kemudian kami dibawa berjumpa mutawif, huhu dan ada masalah lagi, setiap kali kami nak buat sesuatu yang baru pasti akan ada masalah. As usual, fatin tenang je hihi.. Mutawif tu boleh tanya, 
Datang dari mana? ada tempat tinggal? nk duduk kat mana? YA Alllah nk gugur jantung dengar, pastu call lah abi, Alhamdulillah abi tlong selesaikan, bawalah kami ke hotel.

Hotel, another problem. Hotel yang sepatotnya penuh pula, I tak faham lah pengurusan ni, cemna boleh penuh. huhu. so setelah berjam pusing cari hotel, baru jumpa, hihi...penat dgn tak makan nya.. huhu
Alhamdulillah sampai juga di hotel, seharian kami tak tido.. sangat penat tapi masih bertenaga untuk selesaikan umrah kami ni. :) 

TBC..... 

ALHAMDULILLAH FINALLY...

Bismillah,

Ayahku seorang pemandu teksi, nk dipendekkan cerita during my primary & secondary school, ayah ada bawa satu family from Saudi Arabia. They're so kind and ayah sllu lah bawaku gi jenjalan dgn dorg sebab i can speak english and a little bit Arabic, His name is Mr.A, but now I call him ABI.

Fast forward,  early 2017, he called us and offered my family perform hajj this year. So we made passport and gave few details. He said, DOA, DOA, DOA.. Doa pada Allah agar diizinkan untuk pergi haji this year.

Early August 2017, he called me again and said ALHAMDULILLAH, me ayah n ibu mendapat jemputan untuk menunaikan Haji 😍😍.. few thins we need to settled within 2 weeks bcuz our flight 25th August, and we prepared nothing!!!! Dalam masa 2 minggu ni kami duk belajar mengenai Haji, baca buku, tgk you tube, banyakkan solat taubat,banyak berdoa, Balik johor jumpa atok, siapkan visa, siapkan peralatan, uruskan flight, buat kenduri doa selamat. Alhamdulillah masa tu I cuti sem, so banyak benda I boleh buat. Banyak dugaan yang kami tempuhi tapi kami sabar dan terus berdoa.
Setiap kali urusan yang melibatkan Haji mesti berdebar, sebab mindset semua takot kami kena tipu, takot tak betul, takot salah,  kami xdak keyakinan, macam xpercaya sbb tu jadi lagu tu..

barang2 gi haji, mostly pinjam dri sesiapa yg pernah g sana, Atok, Arwah makcik, n mak itam, pastu ada kawan ibu baik hati bagi beg kat kami.. YA ALLAH SEMOGA KAU PERMUDAHKAN URUSAN MEREKA SEMUA YANG MEMBANTU URUSAN KAMI

Alhamdulillah urusan disini semua dipermudahkan dan murah rezeki kami dapat banyak hadiah dari semua orang... 😀😁





Saturday, August 5, 2017

Public Transport

Assalamualaikum semua !!!

wah saya sangat gembira ini hari.... one of my mission... naik public transport.. tak kesah pergi memana..but fully public transport ...

So I menyata kan lah keinginan tu dekat azilah.. hehe. S
he is from Jitra Kedah... and she expert with all the public transport..yalah kan anak perantauan mestilah depa tau.. depa nak gerak sana sini naik public transport.. x macam I, semua ayah ibu hantaq kan...hihi


We should start our journey, 9am, but u know girls,..5 org kot girls.... so mcm2 la perangai nya kan.. haha terlambat lah sikit.. around 9.15am something baru uber sampai ....request pergi ke KTM Serdang, Rm 10.. okay lah tuh

Pastu weall semua ada touch n go except  Madi, Madi terpaksa beli coin, hihi gerak lah kami seberang jambatan untuk pergi ke KL Sentral , plan dengan Syasya nak berhenti TBS, pastu naik LRT, pastu naik Monorel, tapi mcm lambat n membazir duit, so xjadi. so we decided transit at KL Sentral, tapi Syasya dah beli tiket ke TBS, so weall tunggu Syasya dekat KL Sentral, xlama pun lah.. dalam 20-30 minutes ja.. sambil tu sempat buat Insta Story..hihi
hihi... Azilah Madi dan Siha yang tengah menguruskan research :)

Then after Syasya sampai weall berjalan utk naik monorel and i thought nak naik monorel tu seberang sebelah mcm kt TBS, rupanya tak.. bapak jauh nak jalan. U know what!!! KL SENTRAL TU BESAQ GILAAA.. Dia ada ETS, ada MRT, ada KTM, ada LRT.. woww I'm impressed and jakun sesangat,... and nak ke monorel tu lalu NU SENTRAL!!! hahaha another jakunnn.. sbb NU Sentral tu mcm IOI ah gak kedai branded2 ja semua... pastu naik lah kami ke monorel yang kecik, sempit dan padat dan mengerikan..huhu..I takot naik tuh, :(

From KL Sentral kena berhenti dekat Chow Kit untuk g kedai buku Kamal, dan perjalanan agak jauh sebab Chow Kit tu perhentian second last,
kalau nk g TS berhenti IMBI
kalau nk g pavi berhenti BUKIT BINTANG
dan sepanjang nak sampai chow kit tu banyak gila mall dekat KL ni, PAVILION,LOT 10, SOGO, QUILL apa ntah lagi.. and I'm like, whatt banyak gila sapa nak pi? dah la semua mahei2
Sambung balik story, penat ah naik monorel sebab kena berdiri, nak duduk cm segan sbb ada elderly.. hihi and I ni pulak jenis xtahan berdiri lama..sumpah memang xtahan..sanggup cangkung atau duduk terus je kat lantai kalau boleh, tapi takot kawan2 yang segan,
I wore tracksuit and jersey and tudung sarung ja pi KL.. depa kata mcm nk p jogging & KL  kot should dress well.. haha depa gelakkan aku...sedih.. but aku selesa jaaa dengan pakaian tu cuz I know confirm banyak nk jalan nnti xselesa peluh2 kalau baju lawa2 sgt,...

sampai lah kami di Chow Kit, ingatkan lintak jalan je sampai...TAPI KENA JALANNNN!!!  I'm crying inside.. whyyy!!! hahahah tpi nk sgt kan rasa public transport.. why not? depa seriously lek ja.. sbb dh biasa kot..xdak nak mengeluh apa...selesai membeli belah~~~
siha beli white coat ja,, kami yg len beli byk buku.. & berat :((((

Next station is TS!!!! depa nk shopping blouse katanya muqah!!!
memang betol murah gilaa.. selai Rm 17, Rm 23 xde pun smpi 30 above. gue tahan ja iman gua daripada membeli sbb xmau mmbazir n ibu pun dah buat kan blouse, pusing2 TS tu pastu tggu jelah depa siap membeli..katanya 3.30pm nak bali...sekali, 4.30 pm beb.. hahahahha
yang kelakar, madi yg semangat nak membeli, pastu AZILAH YANG BELI BANYAK  4 helai kott,, madi 2 ja.. haha azi azi 

monorelll sempit gilakk... xbernafas gue!!! ktm naiss
tgk kami boleh duduk sorang satu..masa tu dah pukul 5
masa dah nak sampai request uber, bila dah smpai ktm serdang, uber tulis lgi 15 min.. wt~~~~~
stress ah kejap sbb dh penat..lambat plak nak sampai kolej ni..jem lagi tuh.... tgk2 ada BAS SMART SELANGOR, dalam hati please lahh..nak naikk bas pula.. huhu sekali dorang nak!!
happy sangat.. tapi bas jalan jauhhh masuk taman perumahan mana ntah.. lalu pulak highway depan ioi yg jem tu.. pstu dia berhenti KAT HOSP SERDANG!!! again wt~~~~~~~~
jauh kot nak jalan ke fakulti, dia kata lagi sejam
so KU RELAKAN JIWAAA
hahha Alhamdulillah sampai fakulti around 6.30pm  safelyyy :)

End of our journey.
Thanks Syasya, Azilah, Nasiha dan Madi yang sudi sama2 travel gn saya..hihi

haa kenapa tag azi..sebab azi p amek kakak dia kat tbs... hihi


2nd August 2017
Wednesday :)

Wednesday, July 12, 2017

Kekasih Hati

After 1 year our relationship
now It's the time for me to reveal him.. hahaha
omg unexpected babe

kawan ej dgn dia.. like seriously bukannya crush pun
but suddenly turn out become a sweet couple.. lol 😂

from kau aku jadi awak saya
although a lil bit awkward at first

yela rapat gn org lain tiba2 dgn org lain..ramai tak percaya ...hihihi
 and i xde lah hebohkan kt social media bout my relationship
mana kawan2 baik n brtanya tu i jawab jelah dgn jujur

tapi kt faculty i mmg sentiasa dgn dia jelah
yelah kalau masa sblm dgn dia I sensorg kot pergi makan,kelas,library,study
selalu call afiqah nangis2 sebab xde kwan cm asasi..selalu lonely, and
I mmg xblh duk sensorg ni blh jadi depressed n gila
but no one knows bout that.. hmm
so kalau ada yang duk kutuk2, kata belakang tu
mmg dh tak kesah..bukan uall ada pun time i susah..
mengutuk no 1
DO I CARE!!!???


His mother know everything about me.EVERYTHING ualllzzz
anak mak ni cerita semuanya.. ni yang paling I lemah sekali
malu lah ceqqq... belum apa2 lagi dh cerita smua bnda...
nmpk sgt I ni teruk..haha mcm mne klo direject jdi menantu..cover la sikit kot ye pun
but in the same time.. nampak lah dia ni jujur cuz he can told his mom everythg &
his mom okay with it
siap belanja makan and masakkan utk I lagi.. omg my MIL is so kindddd
I LIKEEE...hihihih

and he is so caring.. xtipu... sweet? sometimes ..haha
sangat2 menjaga perasaan & cepat rasa bersalah kalau dia wat salah...
kdg2 I yg give up nk merajuk sbb kesian 😂😂😂😂

ya I mmg suka merajuk & ATTENTION SEEKER
omg i dunno how he can stand with my attitudes
cepat marah, melenting, merajuk, ego
kkdg kesian gak..huhu sorry bruh

whatever it is
I do appreciate him
I wish at least weall can bertunang ke or merisik ke dulu wktu belajar ni
tak nak ke bawa parents u jmpe dgn parents I?
lambat lagi kot nk bernikah (after grad uall, xpun after ho) andartu lah I
so why not kan bertunang or merisik? hahaha


impian I xtercapai sbb dulu I wish
Tiba2 ada lelaki dtg rumah...masuk meminang.. n I was like seriously
n bercinta after nikahh
itu dolo2 punya angan2
end up mcm ni..so sis redha
semoga hubungan kami kekal hingga ke syurga
jauh lagi perjalanan kami ni
semoga aku dengan dia bertahan dan kekal selamanya
p/s fatin kena kurangkan merajuk ni